BILA FITNAH DIANGGAP JIHAD,
BILA FITNAH DIANGGAP JIHAD
Siti Mastura guna ayat Quran pertahankan dirinya
BILA AGAMAWAN BISU KESESATAN BERMAHARAJALELA
Semalam saya terkejut melihat video ucapan Siti Mastura siap mainkan ayat Al Quran, “Sesugguhnya Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yg mengubah apa2 yg ada pada diri mereka."
Kemudian dia sambung lagi, “ Di akhir zaman ini yg baik dikatakan buruk, yg buruk dikatakan baik…yg hak dikatakan batil, yg batil dikatakan hak’…
Apa kena mengena dgn fitnah kamu Mastura hingga sanggup salah guna ayat2 suci? Lebih teruk bila diminta dan diberi masa memohon maaf kamu sombong dan pertahankan fitnah.
Lebih mengejutkan kita apabila Muryidul Am Pas boleh pula melancarkan derma jihad utk membantu org yg memfitnah? Ini ajaran agama apa yg mengajar berjihad pada org yg melakukan fitnah?
Saya makin pelik bila berbohong dibolehkan selain dari 3 perkara. Masih ingat Nik Abduh berbohong dlm isu audio? Apa jawab Hadi boleh berbohong demi jaga maslahat.
Bertambah tambah mengejutkan juga bila ketua Ulama Pas mempertahankan Sanusi menyanyi karaoke lewat malam bersama bukan muhrim atas alasan dakwah. Makin menggila mereka tunggang agama ini.
Yg masih panas skg ini adalah isu derma jihad utk membayar saman terhadap Siti Mastura. Saya terkejut apabila menggunakan nama jihad utk memungut derma dari org ramai.
Dlm kekalutan ini yg mengecewakan seluruh umat Islam apabila para agamawan semuanya membisu. Hanya dua agamawan yg saya lihat menjawab isu ini iaitu Dr Mujahid dan Ustaz Shihabuddin.
Nak tanya para Ustaz di Jakim dan lain2 entah ke mana mereka menghilang. Bila mereka menghilang dan membisu para Tik Tokers menjadi Ustaz sambilan menjalankan tanggungjawab mereka mempertahankan agama ini bila org beragama bisu.
Ingat para Ustaz, isu ini diluar batas politik kerana ia isu agama. Kata Imam Ahmad, "Apabila org yg alim berdiam diri kerana taqiyah (play safe), dan orang jahil terus jahil, bilakah lagi kebenaran itu akan tertegak?"
Negara kita ini jika kesemua agamawan berperanan dan tahu tanggungjawabnya kpd agama, tiadalah penunggang agama. Skg ini umat Melayu semakin tersesat kerana para agamawan menjadi bisu.
Bila agamawan sibuk menjual produk ubatan sunnah, sibuk menjual kopiah capal Nabi, sibuk menjadi mutawif, sibuk mengajar di surau2 kerana RM 200 sampul surat, sibuk buat air jampi, sibuk bercuti ke luar negara, sibuk berbini dua tiga … maka para penunggang agama ketawa keriangan.
Maka di akhir zaman muncullah org yg bukan di kalangan agamawan yg sibuk mempertahankan agamanya.
Betullah kata Nabi, “Akan keluar pada akhir zaman org2 yg mencari keuntungan dunia dgn menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan org lain dgn pakaian yg dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) utk mendapatkam simpati org ramai, dan kata2 mereka lebih manis daripada gula, padahal hati mereka adalah hati serigala.”
Ingat hidup bukan sekadar bernafas. Apakah perlu berminggu minggu utk mengeluarkan hukum ‘Derma Jihad utk bayar saman org yg telah melakukan fitnah’? Susah sgt mencari dalil bab begini?
Saya masih ingat kata Imam Ghazali yg saya anggap quote yg hebat, “Sesungguhnya rosaknya RAKYAT disebabkan kerana rosanya PENGUASA & rosaknya PENGUASA disebabkan kerana rosaknya ULAMA. Dan rosaknya ULAMA disebabkan kerana CINTA HARTA & KEDUDUKAN.”
Isu terbesar di negara kita bukan tidak cukup gula, bukan kerana gaji atau subsidi tetapi isu agama yg ditunggang seperti menunggang seekor kuda. Tapi bila para agamawan membisu siapa lagi kita harapkan. Tak kan bab ini juga PMX masuk Parlimen tolong jawabkan?
NORMAN RADZUAN
Comments
Post a Comment