CERITA NAFAS YANG BERNAFAS DALAM LUMPUR
1. NAFAS dari dulu buat duit dengan kontrak bekalan baja dari kerajaan kepada pesawah padi. Nilainya berbilion setiap tahun.
2. NAFAS ada juga menceburi perniagaan lain tapi semua rugi. Jadi, senang cerita NAFAS ni bukan sebuah organisasi perniagaan yang berdaya maju. NAFAS hanya entiti untuk sebilangan manusia yang berjawatan untuk buat duit cara mudah.
3. Tanpa kontrak baja dari kerajaan, NAFAS ni sepatutnya dah lama tutup kedai.
4. Bila berlaku COVID, berlaku gangguan rantaian bekalan seluruh dunia. Selepas itu berlaku pula perang Rusia-Ukraine. Harga baja di pasaran dunia melonjak naik.
5. NAFAS mengalami kerugian besar melebihi RM1 bilion ringgit akibat kenaikan harga baja di pasaran dunia. Ia perlu bantuan dana dari kerajaan. Sejak tahun 2021 lagi NAFAS sudah sesak nafas tapi kerajaan masa itu tidak punya 'political will' untuk selesaikan masalah NAFAS.
6. Pada tahun 2023, Menteri KPKM mula ambil langkah drastik untuk selamatkan NAFAS. Kabinet Kerajaan Madani bersetuju untuk menyalurkan dana bantuan kepada NAFAS dengan syarat struktur NAFAS perlu direformasi supaya ia berdaya maju. Ini keputusan kabinet.
7. Di atas mandat ini, Menteri KPKM mula merancang dan melakukan beberapa langkah pembaharuan dan pembaikan di dalam organisasi NAFAS.
8. Antaranya, Menteri telah menyenaraikan NAFAS sebagai entiti awam yang perlu diaudit dan membenarkan SPRM untuk bebas menyiasat transaksi kewangan NAFAS.
9. Menteri juga menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menambah baik struktur dan perlembagaan NAFAS.
10. Tindakan ini dibantah keras oleh kelompok yang selama ini menjadikan NAFAS sebagai 'ATM' untuk mereka mendapat duit cara mudah.
11. Bagi memberi tekanan dan membalas tindakan Menteri , mereka cuba memecat Pengurus Besar NAFAS yang dilantik oleh Menteri. Tetapi pemecatan itu tidak sah di sudut peraturan.
12. Bagi memastikan konflik ini tidak terus berpanjangan dan operasi NAFAS tidak terganggu, Menteri telah menggantung kuasa AJP NAFAS dan meminta LPP melantik pentadbir serta Jawatankuasa Penasihat NAFAS untuk membantu NAFAS menjalankan operasinya.
13. Kita tunggu siasatan SPRM selesai dan struktur baru NAFAS diluluskan oleh kerajaan untuk dikuatkuasakan.
14. Kita pun tahu kartel yang selama ini 'berkuasa' dalam NAFAS sudah kepanasan dan menyusun langkah untuk mengganggu usaha reformasi ini.
15. Semoga Menteri KPKM diberi kekuatan bagi melaksanakan mandat supaya NAFAS dapat direform menjadi lebih baik, telus, dan berdaya maju.
JAMZURI ARDANI
Comments
Post a Comment